JAIS tubuh pasukan siasat sekolah agama, pusat tahfiz banteras eksploitasi kanak-kanak

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menubuhkan pasukan siasatan khas bagi mempergiatkan pemantauan dan siasatan ke atas sekolah agama dan pusat tahfiz bagi mengekang kegiatan berunsurkan eksploitasi kanak-kanak dan Islam.

Pasukan khas dipengerusikan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad itu antara usaha kerajaan negeri bagi menjamin kesucian Islam daripada anasir jahat dan sesat yang memudaratkan penganutnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, berkata kerajaan negeri juga komited memastikan keselamatan pusat tahfiz dan sekolah agama daripada menjadi pusat eksploitasi kanak-kanak dan sebaran ajaran yang bercanggah dengan Islam.

Sehubungan itu, katanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah diarahkan dan sedang menjalankan pemantauan, semakan dan saringan ke atas pusat tahfiz dan sekolah agama yang berdaftar dan belum berdaftar dengan JAIS.

“Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menarik lesen operasi dan mengenakan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana pusat tahfiz atau sekolah agama yang terbabit dengan unsur berkenaan.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), JAIS atas tindakan tegas dan segera dalam menangani perkara ini.

“Saya berharap agar siasatan diteruskan secara professional dan tindakan tegas segera diambil untuk kesalahan-kesalahan yang berjaya dibuktikan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Justeru katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan sekolah agama atau pusat tahfiz yang mengamalkan perkara salah boleh tampil melaporkan terus kepada JAIS di talian hotline 1800 88 2424.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow