SPRM digesa main peranan kritikal pastikan ketelusan operasi institusi agama – MCW

KUALA LUMPUR – Malaysia Corruption Watch (MCW) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan kritikal dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua aspek operasi institusi agama termasuk masjid dan jabatan agama Islam.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim menyeru semua pihak, khususnya SPRM, untuk memperkukuhkan kerjasama dalam memantau dan memperkuatkan sistem pengurusan integriti di institusi agama.

Tegas beliau, penekanan perlu diberikan kepada ketelusan dalam pengurusan kewangan, serta amalan kerja yang beretika dan amanah.

“MCW ingin menekankan kepentingan pemerkasaan institusi agama di Malaysia, termasuk masjid dan jabatan agama Islam, dalam memastikan mereka berfungsi dengan penuh integriti.

“Institusi-institusi ini mempunyai peranan utama dalam mendidik masyarakat dan memperkukuh nilai-nilai moral. Namun, integriti dalam institusi ini memerlukan perhatian dan pengawasan yang ketat, termasuk kerjasama rapat dengan SPRM.

“Keberkesanan institusi agama dalam menjalankan amanah mereka bergantung kepada pemantauan yang ketat dan pelaksanaan langkah-langkah antirasuah yang berkesan,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Menurut Jais, dalam tempoh yang terdahulu, pelbagai isu berkaitan rasuah dan ketirisan dalam pengurusan institusi agama telah muncul, menunjukkan betapa pentingnya langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang lebih efektif.

Jelas beliau, statistik menunjukkan bahawa penglibatan golongan muda dalam kes rasuah adalah signifikan, menegaskan keperluan untuk memantapkan sistem integriti dalam institusi agama.

“SPRM memainkan peranan kritikal dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua aspek operasi institusi ini.

“Kami berharap agar langkah-langkah pemerkasaan ini dapat mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi agama dan memastikan mereka menjadi contoh dalam amalan integriti dan etika. Dengan kerjasama yang erat antara institusi agama dan SPRM, kita dapat mencapai matlamat memastikan setiap institusi beroperasi dengan penuh amanah dan tanggungjawab, demi kebaikan dan kemakmuran masyarakat Malaysia,” ujar Jais.

Related Posts

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menghormati hak UMNO yang tidak menjemput wakil Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dan ia tidak perlu dipersoalkan. Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri

KUALA LUMPUR – Konsep Malaysia MADANI bukan sekadar slogan atau retorik kerajaan, sebaliknya falsafah pembangunan yang mempunyai asas pemikiran mendalam dan perlu difahami secara menyeluruh oleh semua pihak, kata Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

  • By Fandi
  • September 12, 2026
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

  • By Fatin
  • September 12, 2026
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri