Amanat Ulung KSN Selasa ini

PUTRAJAYA – Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tahun 2024 akan diadakan pada Selasa ini dengan tema `Reformasi Perkhidmatan Awam’.

Menurut hantaran di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini, acara akan dianjurkan di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya bermula 2.30 petang hingga 4 petang.

“Dijemput semua untuk sama-sama hadir dan mendengar amanat ulung Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara,” menurut hantaran itu.

Majlis berkenaan juga boleh ditonton melalui penstriman secara langsung di Facebook rasmi JPA, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan mahu supaya langkah reformasi dalam pentadbiran awam dilaksanakan segera dengan menjangkakan September ini adalah bulan pergerakan reformasi yang lebih pesat.

Related Posts

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM