Ringgit teruskan kenaikan, ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan kenaikannya pada Khamis untuk ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan jangkaan yang makin meningkat terhadap penurunan kadar faedah di AS, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit mendapat sokongan yang baik hari ini selepas Indeks Dolar AS merosot susulan data pasaran buruh yang lemah di AS.

Data peluang pekerjaan belum diisi dan tinjauan pusing ganti buruh (JOLTS) yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan pekerjaan baru di AS merosot lebih daripada jangkaan kepada 7.673 juta pada Julai, berbanding 7.91 juta pada Jun.

“Ia menjadi teruk dengan pekerjaan baru merosot lebih daripada jangkaan pada Julai, menunjukkan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin perlu tegas untuk melonggarkan dasar monetarinya bagi mencapai apa yang dipanggil penurunan berperingkat,” katanya.

Di dalam negara pula, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuaratnya hari ini.

Mohd Afzanizam berkata, kadar OPR itu disifatkan menyokong pertumbuhan.

Oleh itu, beliau percaya BNM mungkin mengekalkan OPR stabil pada 3.00 peratus untuk baki 2024.

“Langkah ini sepatutnya positif untuk ringgit kerana jurang antara Kadar Dana Fed dan OPR akan mengecil dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, ringgit ketika ditutup diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu ditutup lebih tinggi berbanding pound Britiain kepada 5.7049/7101 daripada 5.7052/7125 pada penutup Rabu, tetapi rendah sedikit berbanding euro kepada 4.8099/8144 daripada 4.8082/8143 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.0189/0219 daripada 2.9981/3.0021 semalam.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3303/3336 daripada 3.3299/3344 semalam dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/281.9 daripada 281.0/281.5.

Ia jatuh berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.72 daripada 7.69/7.70 dan lemah berbanding baht Thailand kepada 12.8772/8940 daripada 12.7096/7294 sebelumnya.

Related Posts

KDNK berkembang 5.4 peratus, ekonomi negara kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026, meskipun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi susulan krisis di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Beli Barangan Malaysia dijelma semula sebagai Jom Malaysia

KUALA LUMPUR – Selepas lebih empat dekad diperkenalkan, kempen Beli Barangan Malaysia kini diberi nafas baharu menerusi penjenamaan semula sebagai Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) dalam usaha memperkukuh jenama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil