Ajaran Millah Abraham sentiasa dalam pemerhatian polis

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam seluruh negara sentiasa memantau perkembangan ajaran Millah Abraham bersama bagi mengelakkan ajaran sesat itu terus berkembang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bagaimanapun berkata, setakat ini ianya masih terkawal dengan tangkapan demi tangkapan dibuat oleh beberapa kontinjen negeri.

“Kesalahan berkaitan ajaran Millah Abraham ini adalah di bawah Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing namun mereka bersama PDRM sentiasa bekerjasama untuk memantau.

“Kita dapati ahlinya lebih kurang 5,000 orang dan dikesan meningkat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, mungkin kerana penggunaan internet atau media sosial bagi mengembangkan ideologi ajaran itu.

“Kita semua tahu ajaran ini dari Indonesia dan setakat ini ia masih terkawal, ada tangkapan di Sarawak dan kontinjen lain juga,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan program Kampung Angkat Madani PDRM di Kampung Jenal, Dabong, di sini, hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Ajaran Millah Abraham itu menyebarkan fahaman sesat antaranya ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli adalah tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan mempunyai syahadah berbeza.

Mereka juga cuba menggabungkan tiga agama membabitkan Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman sendiri tanpa berdasarkan kitab tafsir.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar