Kerajaan tambah baik infrastruktur kampung angkat

SEPANG – Kerajaan akan membaiki infrastruktur dan membina Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Orang Asli Kelinsing dekat sini dengan peruntukan RM5 juta, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, kemudahan infrastruktur membabitkan peruntukan RM2.5 juta itu merangkumi pembinaan semula balai budaya, kantin, tandas awam serta mewujudkan ruang niaga baharu dalam kawasan kompleks budaya.

Manakala bakinya adalah untuk membina NADI.

Fahmi berkata, projek yang dimulakan pada 15 Ogos lalu itu berjalan lancar dan Kementerian Komunikasi akan meninjau perkembangannya pada bulan Disember ini.

“Dalam Program Kampung Angkat, kerajaan akan tumpukan kepada usaha penambahbaikan infrastruktur termasuk Internet di kawasan desa.

“Di NADI nanti, kita akan sediakan 10 komputer riba dengan kemudahan internet percuma berkelajuan 100Mbps.

“Malah, MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) memberikan pendedahan kepada masyarakat kampung ini tentang keselamatan menggunakan internet untuk elak jadi mangsa penipuan dalam talian dan sebagainya,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sempena Sidang ASEAN 2025

Bagi membantu mempromosikan produk kraf tangan masyarakat Orang Asli di kampung itu, Fahmi berharap hasil keluaran mereka bukan hanya dipasarkan di ruang niaga disediakan, malah ia mungkin boleh dijadikan sebagai cenderamata kepada perwakilan asing yang akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean 2025 di ibu negara.

“Kita nak kraf tangan dari kampung ini dapat dijadikan cenderamata kepada perwakilan yang datang dari jauh ke negara kita.

“Saya minta KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa) untuk pertimbangkan perkara ini,” katanya.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian