Program Kecekapan-Rise sasar tingkat kemahiran golongan B40, OKU – Nancy Shukri

KUCHING – Program Kecekapan-Rise merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kemahiran golongan B40 dan orang kurang upaya (OKU).

Setakat ini, lebih 200 usahawan Sarawak yang terdiri daripada ibu tunggal dan OKU dipilih mengikut program Kecekapan-Rise.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy, program ini menggunakan pendekatan gamifikasi khususnya literasi kewangan, membantu golongan OKU dan individu kurang kemahiran dari segi akademik dan praktikal.

“Diharap program ini dapat memperkasakan mereka dalam bidang keushawanan sekali gus membantu mereka berdikari dalam mencari rezeki,” ujar beliau.

Selain itu, kata beliau, program tersebut juga membantu golonngan OKU dan individu yang kurang kemahiran dari segi akademik untuk memahami ilmu kewangan.

“Disebabkan itu, program ini menggunakan pendekatan gamifikasi dalam literasi kewangan,” ujar beliau lagi.

Menariknya, jelas beliau, program ini juga menawarkan fleksibiliti pembelajaran iaitu peserta dapat belajar mengikut masa yang sesuai dengan penilaian disediakan untuk memastikan mereka dapat manfaat yang optimum.

“Program ini juga fasa pertama dilaksanakan di Sarawak dengan harapan ia juga dapat diperluaskan ke negeri lain pada masa akan datang,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian di sedia media selepas Majlis Tandatangan Nota Kerjasama YKN Malaysia dan UK-Malaysia Kecekapan Konsoritum pada Rabu.

Program Kecekapan-Rise terbuka kepada mereka yang berminat dan mereka yang sudah mendaftar akan mengikuti pembelajaran dalam talian menggunakan platform yang disediakan oleh universiti antarabangsa.

Flexibiliti pembelajaran yang tinggi membolehkan peserta mengakses bahan pembelajaran pada bila-bila masa yang sesuai.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar