75 101 98 97 119 97 104 32 68 117 108 105 32 83 117 108 116 97 110 32 72 97 106 105 32 72 97 115 115 97 110 97 108 32 66 111 108 107 105 97 104 32 77 117 226 128 153 105 122 122 97 100 100 105 110 32 87 97 100 100 97 117 108 97 104 32 105 98 110 105 32 65 108 45 77 97 114 104 117 109 32 83 117 108 116 97 110 32 72 97 106 105 32 79 109 97 114 32 226 128 152 65 108 105 32 83 97 105 102 117 100 100 105 101 110 32 83 97 226 128 153 97 100 117 108 32 75 104 97 105 114 105 32 87 97 100 100 105 101 110 44 32 83 11
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Brunei selama dua hari, bermula esok, sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Kali Ke-25 antara kedua-dua negara.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan Rundingan Pemimpin Tahunan itu adalah mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara Malaysia dengan Brunei.
Pada Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-25, Anwar bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, akan mengkaji semula kemajuan kerjasama dua hala dan beberapa isu tertunggak.
“Sebagai jiran rapat serta rakan kongsi di Asean, kedua-dua pemimpin akan turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
“Kedua-dua pemimpin juga dijangka menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala.
“Rundingan Pemimpin Tahunan ini akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa serta kerjasama pelbagai hala antara kedua-dua negara, yang ditunjangi institusi Kesultanan Melayu dan persamaan lain seperti budaya, bahasa serta warisan,” katanya.
Dalam lawatan itu, Perdana Menteri antara lain akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Selain itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Tahun lalu, Brunei adalah rakan dagang ke-30 terbesar Malaysia dan rakan dagang ke-6 terbesar dalam kalangan negara anggota Asean dengan dagangan berjumlah RM9.31 bilion.
Jumlah eksport ke Brunei pada tahun lalu pula bernilai RM6.4 bilion, manakala jumlah import bernilai RM2.91 bilion.

