Bapa, anak OKU ditemukan mati dalam rumah

MUAR – Seorang warga emas dan anaknya berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemukan mati di rumahnya di Taman Indah, Sungai Abong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kedua-dua mangsa lelaki masing-masing berusia 76 dan 37 tahun itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu dalam kediaman berkenaan tanpa disedari sesiapa.

Menurut beliau, polis yang hadir ke lokasi bagi membuat pemeriksaan semalam turut menemukan seorang lagi penghuni merupakan anak kepada warga emas tersebut.

“Mangsa wanita berusia 44 tahun merupakan seorang lagi anak kepada warga emas itu dan turut berstatus OKU. Mangsa ditemukan dalam keadaan lemah dipercayai akibat tidak makan sejak beberapa hari.

“Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) berikutan tiada penemuan sebarang unsur jenayah.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, kediaman dihuni tiga beranak sejak sekian lama selepas kematian ibu mereka kelihatan sunyi sejak beberapa hari lalu.

Berikutan bimbang dengan keselamatan penghuni itu selain dua anaknya berstatus OKU lembam, jiran tersebut bertindak menghubungi Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kerap mengadakan lawatan kebajikan di kediaman itu.

Tambah saksi, kediaman itu biasanya terang dengan cahaya lampu pada sebelah malam, namun sejak beberapa hari ini, tiada lampu dipasang meskipun rumah itu mempunyai penghuni.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman