Maritim rampas 27 tong berisi petrol 675 liter

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan menggagalkan cubaan menyeludup keluar 675 liter minyak petrol yang berisi sebanyak 27 tong ke negara jiran, awal pagi Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhammad Suhairy Hussin berkata, dalam operasi yang dijalankan telah mengesan sebuah vesel dalam keadaan mencurigakan bergerak menuju ke perairan Tanjung Pasir, Sandakan.

“Melihat kepada kejadian tersebut, pihak Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot suspek berhenti menggunakan pembesar suara dan siren untuk tujuan pemeriksaan.

“Menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, vesel terbabit kemudian memecut laju menuju ke kawasan hutan paya bakau yang berhampiran.

“Dua suspek berjaya meloloskan diri dan meninggalkan vesel tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, vesel yang menggunakan enjin sangkut 85 kuasa kuda itu berjaya ditahan pada pukul 3 pagi di kedudukan 0.1 batu nautika tenggara muara Tanjung Pasir, Sandakan.

Kata beliau, nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot dianggarkan sebanyak RM15,000.


“Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Kes disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM