Bank Negara perkukuh Portal Fraud Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Portal Fraud Kebangsaan (NFP) akan memperkukuh peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam memerangi jenayah penipuan kewangan membabitkan sistem perbankan.

Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata NFP adalah satu lagi pencapaian penting dalam usaha negara membanteras aktiviti penipuan kewangan.

Beliau berkata, NFP dibangunkan hasil kerjasama BNM, PayNet (pengendali perkhidmatan pembayaran domestik) dan peserta industri kewangan untuk memanfaatkan kuasa teknologi dan analisis data dalam usaha membanteras penipuan.

Perkara itu, katanya, sebagai satu usaha daripada pelbagai langkah yang sudah diambil bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap sistem kewangan digital di Malaysia.

“Penipuan kewangan bukanlah suatu isu yang hanya melanda negara kita, akan tetapi menjadi sebuah ancaman global.

“Menurut Global Anti-Scam Alliance, kerugian kewangan akibat penipuan di seluruh dunia telah melebihi AS$1 trilion (RM4.3 trilion) pada tahun 2023,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran NFP di Sasana Kijang, semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Abdul Rasheed berkata, pelbagai agensi kerajaan, pengawal selia serta peserta industri berganding bahu dalam mencegah penipuan melalui pendekatan serampang tiga mata.

“Pertama, dengan mengukuhkan lagi pertahanan kita melalui langkah-langkah pencegahan penipuan yang dipertingkatkan.

“Kedua, menambah baik keupayaan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah serta mendapatkan semula dana yang dicuri dan mengembalikannya kepada mangsa.

“Akhir sekali, memastikan kepentingan pengguna terpelihara dengan baik serta meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung dengan amalan keselamatan siber yang baik,” katanya.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,000 pelarian Rohingya bakal dihantar pulang, KDN mula proses dokumentasi

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan menjalankan tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan untuk menghantar pulang 5,000 warga Myanmar susulan persetujuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13