5,000 pelarian Rohingya bakal dihantar pulang, KDN mula proses dokumentasi

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan menjalankan tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan untuk menghantar pulang 5,000 warga Myanmar susulan persetujuan kerajaan negara itu menerima semula rakyatnya yang berada di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses berkenaan dilaksanakan menerusi Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) mengikut Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23, dengan KDN bertindak sebagai agensi peneraju bersama beberapa agensi berkaitan.

Menurut beliau, proses DPP merangkumi beberapa peringkat termasuk pengesanan, pengenalpastian, tapisan keselamatan serta penentuan status setiap individu sebelum dokumen pengesahan status pelarian dikeluarkan.

“Tapisan akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia. Setelah semua proses selesai, individu yang layak akan diberikan keputusan mengenai status mereka dan dokumen pengesahan akan dikeluarkan,” katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah: Komuniti Felda Sihat Kedah Sejahtera yang disempurnakan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin di Felda Bukit Tangga.

Saifuddin berkata, komitmen awal yang dipersetujui bersama kerajaan Myanmar adalah menerima semula 5,000 rakyatnya, namun proses mengenal pasti individu yang memenuhi syarat perlu dilakukan secara teratur dan mengikut prosedur ditetapkan.

Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 22,000 penghuni di 19 depot imigresen di seluruh negara, dengan sekitar 4,000 daripadanya dikenal pasti sebagai warga Myanmar.

“Seramai 4,000 warga Myanmar itu akan menjalani proses tapisan dan ditempatkan di sebuah depot khas bagi memudahkan urusan dokumentasi, semakan keselamatan serta penyelarasan antara agensi berkaitan, berbanding berada di 19 depot yang berasingan,” katanya.

Menurut beliau, proses tersebut kini sedang dilaksanakan dan bukan lagi di peringkat perancangan.

Katanya, sebaik sahaja proses dokumentasi dan tapisan selesai, urusan lanjut dengan kerajaan Myanmar akan diselaraskan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia hasil rundingan antara kedua-dua negara.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana