Malaysia sasar pelbagai diplomasi ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia menyasarkan untuk mempelbagaikan usaha diplomasi ekonominya menerusi penyertaan dalam platform antara kerajaan seperti kesatuan ekonomi dipelopori Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS).

Selain itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mahu meningkatkan kerjasama melalui inisiatif bersama dan perkongsian strategik.

Katanya, penyertaan dalam BRICS tidak hanya mengukuhkan hubungan ekonomi dengan India, namun membuka ruang kerjasama luas merentasi spektrum industri dan dasar.

“Saya turut menyentuh naratif Global South yang mana Malaysia percaya ia tidak dapat dielakkan dan kebangkitannya akan memupuk perpaduan dalam kalangan pelbagai negara sambil menerima kepelbagaian dan perbezaan mereka.

“Naratif ini mewakili satu suara yang tidak lagi boleh diabai dalam kemunculan aturan antarabangsa dan pada hemat saya, ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Sebagai pemacu utama kemakmuran global, Global South kini merangkumi kira-kira 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia dan 85 peratus daripada populasi global,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Towards a Rising Global South: Leveraging Malaysia-India Ties’ di Sapru House Indian Council of World Affairs (ICWA) sempena lawatan rasmi ke India.

Perdana Menteri berkata, menjelang 2030, tiga daripada empat ekonomi terbesar dunia dijangka datang dari Global South antaranya ialah India.

“Saya juga membangkitkan soal kepengerusian Asean tahun depan dan memberi jaminan Malaysia akan bekerjasama rapat dengan India dan Rakan Dialog yang lain.

“Saya percaya selaku Rakan Dialog Asean, India akan terus memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuhan ekonomi, kerjasama keselamatan, dan pertukaran budaya di seluruh rantau ini.

“Malaysia juga merancang untuk meningkatkan penglibatan antara Asean dan Bay of Bengal Initiative for Multi-Sectoral Technical and Economic Cooperation (BIMSTEC),” katanya lagi.

Related Posts

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

SHAH ALAM – Siri kemalangan maut membabitkan program RXZ Members dari edisi pertama hingga ke penganjuran kelapan baru-baru ini amat merisaukan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Susulan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan