Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

LIMBANG – Pesta Makan Tahun Kedayan bukan sekadar perayaan tradisi selepas musim menuai, sebaliknya menjadi platform memperkukuh perpaduan dan merancakkan pembangunan sosioekonomi.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong usaha memartabatkan budaya masyarakat Kedayan.

“Perayaan itu kini menjadi simbol penyatuan masyarakat pelbagai kaum dan berpotensi besar diangkat sebagai produk pelancongan budaya.

“Pesta Makan Tahun bukan lagi sekadar perayaan tradisi, tetapi berupaya menarik lebih ramai pengunjung untuk menjana ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi merasmikan Pesta Makan Tahun Kedayan Limbang 2026 di Kampung Nauran pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ripin berkata, masyarakat Kedayan merupakan aset penting kepelbagaian budaya Sarawak yang perlu terus dipelihara adat resam dan warisannya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pelbagai projek pembangunan strategik kini giat dilaksanakan di Limbang bagi meningkatkan taraf hidup dan jaringan kesalinghubungan.

Antara projek tumpuan ialah pembinaan Jambatan Sungai Limbang Kedua, Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC), Lebuhraya Pesisir Utara, dan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR).

“Projek Sambungan Grid Utara juga dijangka menamatkan kebergantungan Limbang terhadap penjanaan diesel menerusi penyediaan bekalan elektrik yang lebih stabil,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri turut mengumumkan kelulusan pembinaan bangunan baharu Persatuan Kedayan Limbang yang bernilai RM25 juta.

Bangunan moden yang terletak berhampiran Stadium Tertutup Limbang itu mampu memuatkan 700 orang dan bakal menjadi mercu tanda baharu komuniti berkenaan.

Justeru, beliau menyeru golongan belia dan wanita Kedayan agar merebut peluang dalam ekonomi digital dan teknologi seiring Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK