Malaysia gesa PBB bertindak jenayah rejim Israel

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengecam serangan rejim Israel ke atas sebuah sekolah di Bandar Gaza yang meragut lebih 100 nyawa, semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Sekolah al-Tabin di Palestin yang dijadikan tempat perlindungan.

“Israel jelas sekali lagi menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai keinginan untuk keamanan.

“Malaysia terus menyeru sekutu Israel untuk memaksa Israel menghentikan segera pembunuhan rakyat Palestin yang tidak bersalah, dan berhenti menyediakan Israel dengan alat untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai ini,” katanya.

Dalam kenyataan itu lagi, tindakan segera dan tegas perlu diambil oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menguatkuasakan gencatan senjata kekal dan membenarkan bantuan kemanusiaan mengalir tanpa halangan ke Palestin.

Wisma Putra juga menyeru agar Israel bertanggungjawab ke atas jenayah perang di negara itu.

“Rejim Zionis perlu dibawa ke muka pengadilan atas jenayah perang yang dilakukan.

“Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti bersatu dan bekerjasama dengan semua Negara Anggota PBB untuk mendesak Israel mematuhi Resolusi UNSC 2735 (2024) dan menghormati Pendapat Penasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa bertarikh 19 Julai lalu. Masa untuk bertindak adalah sekarang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Lebih daripada 100 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera semasa serangan Israel ke atas sekolah Gaza yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal.

Dalam kenyataan pejabat media Hamas, serangan melanda ketika orang ramai yang berteduh di sekolah itu sedang menunaikan solat Subuh, menyebabkan ramai mangsa terkorban.

Related Posts

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam. Apakah Peranannya?‘mengaitkan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajahan wilayah Islam, pembentukan Israel dan kebangkitan Iran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa