Mahu Johor jadi hab pengeluar utama durian

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor berhasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai pengeluar hasil durian secara besar-besaran dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, ia sejajar dengan kewujudan pusat pengumpulan hasil durian yang dijangka beroperasi pada 2025.

“Kita yakin perkara ini mampu direalisasikan ekoran negeri Johor mempunyai keluasan tanah sehingga 15,804.91 hektar bagi tanaman durian.

“Malah, bagi keseluruhan jumlah keluasan tanah itu, Johor berjaya mencatatkan pengeluaran sebanyak 20,284 tan buah durian dalam tempoh Jun lalu sehingga kini. Dan kita yakin jumlah ini akan meningkat dengan pesat menjelang musim durian September nanti,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kerajaan negeri sebelum ini telah memperuntukkan sehingga RM3.14 juta kepada 390 usahawantani durian di Johor bagi tujuan meningkatkan produktiviti ladang yang berkeluasan 853.61 hektar.

“Peruntukan bagi tahun 2023 dan tahun ini turut digunakan untuk membekalkan mekanisasi dan peralatan bagi menjamin kualiti durian Johor dapat dikekalkan serta seterusnya menepati kehendak pasaran.

“Kita mahu industri ini dirancakkan dengan mempelbagaikan produk berasaskan durian di pasaran antaranya ialah durian sejuk beku, isi durian sejuk, kriogenik sejuk, durian segar, sediaan kering serta isi dan pes sejuk beku bagi menambah variasi hasil buah itu yang secara tidak langsung dapat memenuhi permintaan penggemar raja buah itu dari luar negara,” katanya.

Tambah Zahari, penghasilan durian di Johor kini turut menerima permintaan tinggi dari negara luar seperti China, Australia, Indonesia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada apabila sejumlah 464,794 kilogram telah dieksport ke negara berkenaan, sekali gus membawa pulangan lebih RM26.3 juta kepada ekonomi negeri pada tahun ini.

Related Posts

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

KAJANG – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu baja di Kedah kini hampir selesai selepas 37 saksi dirakam keterangan, termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

SANDAKAN – Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat segera bagi menyokong perkembangan sektor perindustrian di kawasan itu, khususnya menjelang sasaran bekalan gas ke Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sandakan pada 2029.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari