Kesejahteraan Azizul keutamaan saya – Hannah Yeoh

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyeru rakyat Malaysia supaya terus memberikan sokongan kepada pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Ianya berikutan fasa yang amat berat buat Azizul selepas disingkirkan daripada pusingan pertama keirin di Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi tadi.

Hannah berkata, pengorbanan yang dilakukan oleh Azizul adalah sangat besar dan semua pihak perlu memahaminya walau sukar untuk diterima.

“Sejak hari pertama, saya tidak pernah bimbang dengan atlet ini dan kesungguhannnya untuk melakar kecemerlangan. Dia bermotivasi, bekerja keras dan profesional.

“Saya marah dengan keputusan membatalkan penyertaan Azizul. Adakah pasukan mengemukakan rayuan? Ya, tetapi keputusan membatalkan penyertaannya adalah muktamad.

“Untuk ibu bapa yang menonton perlumbaan bersama anak-anak mereka dan terpaksa berdepan dengan banyak soalan seperti “Apa yang terjadi? Dan Kenapa?” luangkan masa untuk menjelaskan kepada mereka.

“Ia tidak akan mudah tetapi anda perlu membantu mereka memahaminya walaupun anda sendiri sukar untuk menerimanya. Dalam sukan, kita terikat dengan peraturan,” kata menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Beliau juga turut meminta agar semua pihak berbaik sangka dan tidak memberikan tekanan kepada Azizul kerana terutama kepada keluarga pelumba negara berusia 36 tahun itu.

“Untuk kita yang lain, berbaik sangkalah kepada Azizul dan pasukannya pada masa yang sukar ini. Lebih-lebih lagi untuk keluarga mudanya.

“Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh keluarga selama bertahun-tahun kerana tidak bersamanya kerana waktu latihan dan pertandingan di luar negara. Berbaik sangka dengan kata-kata anda.

“Azizul Pocket Rocketman kami, saya akan sentiasa menyokong keputusan anda untuk berlumba kerana anda kekal sebagai salah seorang atlet terbaik Malaysia. Kesejahteraan anda kini menjadi keutamaan saya untuk anda. Kami sayang awak,” katanya.

Related Posts

Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM