Hamas lantik Sinwar ganti Haniyeh

KAHERAH – Hamas menamakan pemimpin Gaza, Yahya Sinwar sebagai pengganti kepada Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran minggu lalu, kata kumpulan itu semalam.

Sinwar dianggap arkitek serangan paling dahsyat ke atas Israel dalam beberapa dekad dan bersembunyi di Gaza, menentang percubaan rejim untuk membunuhnya sejak permulaan perang.

“Hamas mengumumkan pemilihan Komander Yahya Sinwar sebagai ketua biro politik pergerakan itu, menggantikan Komander Ismail Haniyeh yang syahid, semoga Allah merahmatinya,” kata pergerakan itu dalam satu kenyataan ringkas.

Pelantikan itu diumumkan ketika Israel bersiap sedia untuk berdepan kemungkinan serangan dari Iran berikutan pembunuhan Haniyeh di Tehran.

“Pelantikan itu bermakna Israel perlu berhadapan dengan Sinwar mengenai penyelesaian kepada perang Gaza,” kata seorang diplomat serantau yang biasa dengan rundingan membabitkan Mesir dan Qatar, bertujuan menghentikan pertempuran di Gaza dan mengembalikan 115 warga Israel.

“Ia adalah mesej mengenai ketabahan dan ia tidak berkompromi.”

Sinwar yang menghabiskan separuh hayat dewasanya di penjara Israel adalah pemimpin Hamas paling berkuasa yang masih hidup selepas pembunuhan Haniyeh, yang telah menyebabkan wilayah itu berada di ambang konflik serantau yang lebih luas selepas Iran berikrar membalas dendam.

Israel tidak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu tetapi mengakui membunuh pemimpin kanan lain termasuk timbalan ketua Hamas, Saleh al-Arouri yang terbunuh di Beirut dan Mohammed Deif, komander tentera pergerakan itu.

Dilahirkan di kem pelarian di bandar selatan Gaza di Khan Younis, Sinwar, 61, dipilih sebagai ketua Hamas di Gaza pada 2017.

Ketua jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, menyalahkan Sinwar atas serangan 7 Oktober dan berkata Israel akan terus memburunya.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM