Selamat menyambut ulang tahun ke 74 Premier Sarawak – Nancy

SIBU – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terhadap usaha-usaha yang dibawa oleh beliau dalam membawa Sarawak ke arah pembangunan dan kemajuan.

“Kestabilan politik yang berasaskan perpaduan dalam masyarakat telah membolehkan rakyat Sarawak menikmati pelbagai inisiatif serta bantuan untuk menjalani kehidupan ke arah yang lebih selesa dan memiliki sosioekonomi yang lebih terjamin pada masa akan datang,” ujar beliau.

“YAB Datuk Patinggi memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memajukan Sarawak khususnya dalam teknologi hijau dan pembangunan mampan melalui Digital Economy, Renewable Energy, Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), Smart City Initiatives, Green Hydrogen dan Forest Conservation”.

“Inisiatif-inisiatif ini telah menunjukkan komitmen YAB Premier untuk membangunkan Sarawak secara lebih mampan dengan memanfaatkan teknologi hijau dan inovasi”, ujarnya di laman Facebook rasminya, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Hajah Nancy Shukri menzahirkan bahawa Sarawak dan rakyatnya amat bertuah kerana mempunyai pemimpin yang sentiasa komited dalam memastikan pembangunan yang pesat di Sarawak ini khususnya di kawasan luar bandar sebagai keutamaan seiring dengan hala tuju digital ekonomi.

Pada masa yang sama, Nancy turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-74 kepada Abang Johari pada tahun ini
“Saya mendoakan agar YAB Datuk Patinggi terus dikurniakan kesihatan yang baik serta dipanjang umur untuk memimpin Sarawak ke arah yang lebih cemerlang.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan