Dua anggota polis peras ugut warga asing digantung tugas

KAJANG – Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki melakukan peras ugut wang daripada pasangan warga asing di Jalan Taming Sari, di sini baru-baru ini, akan digantung tugas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, perintah tahan tugas ke atas kedua-dua anggota itu dianggap tindakan paling awal sebaik sahaja kes itu didakwa di mahkamah.

“Mengenai aspek tatatertib, siasatan dimulakan sebaik sahaja laporan dibuat.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sebaik sahaja siasatan tatatertib selesai,” katanya memetik Harian Metro, hari ini.

Baru-baru ini tular video memaparkan dua anggota yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang dipercayai sedang memeras wang daripada seorang lelaki.

Kejadian pemerasan tersebut tular apabila ia dirakam dan dimuat naik di platform media sosial.

Kedua-duanya direman dua hari bermula 29 Julai lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan