Lelaki OKU dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia

TANJUNG MANIS – Seorang lelaki OKU dijumpai meninggal dunia setelah dilaporkan hilang petang semalam ketika pergi keluar memancing di kawasan parit kira-kira 500 meter dari kawasan kediaman.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tanjung Manis, Lt (PA) Md Azan Sadie berkata, mayat mangsa ditemukan terapung dan tersangkut di dahan pokok berdekatan dengan kawasan kediamannya di Kampung Jerijeh, Tanjung Manis kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Kassim Ahmad, 31, masih lengkap berpakaian ketika mayatnya ditemukan sebelum dimaklumkan penemuan tersebut kepada anggota keluarga mangsa.

Sekitar jam 7 pagi orang awam mencuba mencari mangsa dengan kaedah memasang jaring di sekitar kawasan lokasi terakhir mangsa dikesan.

“Mangsa telah diangkat ke kawasan darat oleh pihak polis dan orang awam yang berada di tempat kejadian. Seterusnya mangsa dibawa ke masjid di Jerijeh untuk tindakan selanjutnya,”katanya.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram