Nasib berbeza beregu lelaki, wanita negara

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan detik cemas sebelum mencatat kemenangan pertama di Sukan Olimpik Paris 2024, lewat petang tadi.

Bekas juara dunia itu yang turun menentang pasangan Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy dikejutkan dengan kekalahan di set pertama sebelum kembali bangkit untuk menang 19-21, 21-16, 21-11 dalam aksi Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena.

Kemenangan itu cukup penting buat Aaron-Wooi Yik dalam misi mereka untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan dua teratas sekali gus mara ke peringkat suku akhir.

Pasangan nombor lima dunia itu akan berdepan gandingan Kanada, Nyl Yakura-Adam Dong untuk aksi kedua kumpulan, esok.

Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mempamerkan semangat melawan tinggi sebelum tunduk di tangan pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Pearly-Thinaah terpaksa akur apabila tewas 17-21, 20-22 dalam aksi pertama Kumpulan A itu.

Pasangan negara itu tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan dalam aksi kedua kumpulan menentang gandingan nombor enam dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara bagi menghidupkan peluang ke suku akhir.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman