Pearly-Thinaah tewaskan beregu ke-enam dunia

BEREGU wanita negara Pearly Tan-M Thinaah menghidupkan peluang mereka ke suku akhir Sukan Olimpik 2024, selepas bangkit mengejutkan pasangan keenam dunia, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada aksi Kumpulan A, hari ini.

Gandingan di ranking ke-13 dunia itu, mempamerkan aksi bertenaga dan semangat juang tinggi untuk mencatakan kemenangan 18-21, 21-15, 21-16, ke atas juara dunia 2018 dan 2019 Matsumoto-Nagahara di Porte De La Chapelle Arena.

Walaupun mereka bermula baik untuk mendahului 11-7 pada set pertama, namun telah memberikan ruang kepada pasangan keenam dunia itu untuk bangkit memenangi set berkenaan 21-18.

Diserikan dengan sokongan padu sekitar 8,000 penonton, Pearly-Thinaah bangkit dengan lebih agresif untuk mendahului set kedua dari awal untuk meraih kemenangan 21-15, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pasangan beregu itu terus mengegarkan gelanggang dengan serangan padu yang memaksa wakil Jepun akur dengan kekalahan, sekali gus melebarkan rekod kemenangan sebanyak empat kali dalam enam pertemuan antara mereka.

Semalam, mereka membuka kempen Paris 2024 dengan kekalahan 17-21, 20-22 selepas aksi sengit selama 55 minit menentang gandingan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China, pada aksi pertama.

Pearly-Thinaah perlu meneruskan momentumkan kemenangan menentang Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada perlawanan terakhir kumpulan pada Selasa, bagi memastikan slot ke suku akhir.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN