Beregu campuran mula aksi dengan langkah kanan

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bermula langkah kanan apabila mengatasi pasangan Singapura, Terry Hee-Jessica Tan pada aksi sulung Kumpulan D Sukan Olimpik Paris, petang tadi.

Pasangan nombor sembilan dunia itu menampilkan persembahan terbaik mereka terutama di set kedua apabila mencatat kemenangan 23-21, 21-12 dalam tempoh 43 minit pada aksi di Porte de La Chapelle Arena.

Kemenangan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei mengekalkan rekod tanpa kalah mereka ke atas lawan dari Singapura itu selepas turut menang dalam pertemuan pertama mereka ketika di Terbuka Switzerland, Mac lalu.

Tang Jie-Ee Wei yang kali pertama layak beraksi di Sukan Olimpik dijadual berdepan beregu Amerika Syarikat (AS), Vinson Chiu-Jennie Gai untuk aksi kedua kumpulan, esok.

Kemenangan ke atas lawan dari AS itu akan menjamin tempat Tang Jie-Ee Wei ke peringkat suku akhir.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN