Ubah pendirian politik wajar, tetapi fatwa politik bermasalah

PEMERHATI politik, Ahmad Mursi berpandangan perubahan pendirian dalam politik adalah sesuatu yang wajar selagi ia melibatkan soal tadbir urus dan keutamaan negara, namun tindakan mengubah dalil atau fatwa agama demi kepentingan politik disifatkan sebagai bermasalah.

Menerusi hantaran di Facebook yang merujuk kepada kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, beliau berkata semua parti politik lazimnya berubah pendirian mengikut realiti semasa negara.

“Dalam hal tadbir urus negara, semua parti memang berubah-ubah pendirian. Dulu kata lain, hari ini kata lain,” katanya.

Menurutnya, perubahan itu masih boleh diterima kerana keadaan ekonomi, hutang negara serta keutamaan rakyat sentiasa berubah.

Beliau turut memberi contoh isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang perlu dinilai berdasarkan kemampuan fiskal negara.

Bagaimanapun, Ahmad menegaskan masalah timbul apabila perubahan itu melibatkan dalil agama yang digunakan untuk menyerang lawan politik atau menghalalkan pakatan tertentu.

“Masalah timbul apabila yang berubah-ubah itu ialah dalil agama yang ditunggang untuk menyerang musuh politik atau menghalalkan pakatan,” katanya.

Beliau mengkritik sikap melabel pihak tertentu dengan hukum agama yang berubah-ubah mengikut kepentingan politik, termasuk isu pelaksanaan hudud.

Tambahnya, keadaan menjadi lebih parah apabila soal akidah dijadikan senjata politik.

Beliau juga menyentuh perubahan naratif terhadap parti lain mengikut kedudukan politik semasa.

“Dalil ketika bekerjasama satu versi, ketika berlawan pula bertukar,” katanya.

Menurut Ahmad, situasi itu akhirnya menyebabkan agama dilihat sekadar alat politik, bukan sebagai prinsip.

Mengulas hujah bahawa ijtihad boleh berubah mengikut masa dan tempat, beliau mengakui perkara itu benar dalam ruang lingkup tertentu.

“Saya setuju ijtihad boleh berubah dalam hal fekah, muamalah dan pentadbiran, tetapi tiada ijtihad dalam hal akidah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli politik agar tidak terlalu ghairah menjatuhkan hukum agama semata-mata untuk menyerang lawan.

Related Posts

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC