RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan pasaran buruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program bernilai lebih RM710 juta itu akan dilaksanakan melalui empat inisiatif utama yang memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja.

Beliau berkata, PACE turut bertujuan menyediakan latihan semula kepada pekerja yang berisiko kehilangan pekerjaan agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan keperluan industri semasa.

Menurut beliau, kerajaan turut memperkukuh jaringan keselamatan sosial melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan, dengan peruntukan lebih RM580 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kita mahu memastikan golongan belia dan kumpulan rentan sentiasa kompetitif dan produktif, justeru, kerajaan melalui HRD Corp memperuntukkan RM100 juta di bawah program HRD Yakin MADANI yang turut disokong MyFutureJobs bagi memudahcara penempatan pekerjaan.

“Bagi mempelbagai kemahiran dan memperkukuh perlindungan keselamatan sosial pekerja gig, kerajaan menyalurkan peruntukan RM20 juta kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) khusus untuk latihan kemahiran pekerja gig, terutama pekerja e-hailing dan p-hailing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2026 bertemakan “Pekerja MADANI Kesuma Negara” di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, anggota Kabinet serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dalam pada itu, bagi memperkukuh bakat muda serta daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kerajaan turut memperkenalkan Geran Padanan Latihan Industri bagi menyokong syarikat pemula serta perusahaan yang mengambil pelatih industri.

“Inisiatif ini akan dibiayai TalentCorp dengan peruntukan sebanyak RM10 juta,” katanya.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

RAWANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menghubungi beberapa pemimpin negara sahabat bagi mendapatkan tekanan diplomatik terhadap Israel, susulan penahanan 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC