BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan politik negeri berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu dicapai selepas beliau mengadakan sesi perbincangan dengan semua ADUN terbabit hari ini.

“Saya mengadakan perbincangan dengan semua 14 ADUN itu untuk melihat semula bahawa dengan tidak berhajat untuk kita ‘retract’ (langkah dibuat ADUN terbabit), tetapi kita mahu membetulkan persepsi bahawa mereka bukan berhasrat untuk menebuk atap atau membentuk kerajaan negeri melalui pintu belakang.

“Parti di peringkat nasional dan juga semua ADUN yang saya temui bersetuju supaya kita terus bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan supaya tidak berlaku sebarang penggugatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MyDigital ID Sdn Bhd dengan rakan kerjasama strategik di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, langkah diambil oleh semua ADUN berkenaan didorong niat untuk mempertahankan institusi raja serta adat Negeri Sembilan yang menjadi asas keharmonian masyarakat.

“Kita tahu negara sedang menghadapi permasalahan ekonomi global dan kita harus bersatu hati untuk bersama-sama bukan hanya menangani, tetapi bersama untuk mendukung seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

“Ini bagi mewujudkan kestabilan politik untuk kita bersama-sama menghadapi yang disebut sebagai krisis global ini demi kepentingan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar bertujuan menukar kepimpinan negeri, beliau menegaskan setiap isu perlu diselesaikan melalui rundingan bersama antara parti komponen.

“BN dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai perjanjian yang kita panggil sebagai Perjanjian 18 perkara. Antara perjanjian itu jika ada pertikaian atau ada permasalahan yang harus kita sama-sama depani, maka kita kembali ke meja perbincangan untuk membincangkan apakah duduk perkara yang boleh sama-sama kita mencapai penyelesaiannya.

“Dan pada hemat saya, Perdana Menteri selaku pengerusi PH sangat berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk kita sama-sama melihat jika ada perkara-perkara secara perinciannya boleh kita selesaikan cara bersama,” katanya.

Related Posts

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan