Subsidi nelayan masih ada, tidak wajar harga ikan dinaikkan

PUCHONG – Tidak seharusnya harga ikan yang didaratkan di jeti mahupun kompleks pendaratan meningkat walaupun berlaku konflik Iran-Israel yang menjejaskan pasaran minyak global.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, setakat ini subsidi bahan api kepada nelayan masih dikekalkan.

Pada masa sama, beliau menegaskan, kerajaan juga tidak membuat sebarang pengumuman baharu berkaitan perubahan dasar tersebut.

“Jadi tiada sebab untuk penjual menaikkan harga kerana Mac hingga Mei diramalkan cuaca baik untuk penangkapan ikan.

“Sekarang subsidi kekal, harga minyak yang masih pada kadar subsidi dan nelayan masih mempunyai kuota subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jualan Agro MADANI (JAM) anjuran LKIM yang menawarkan pelbagai jenis ikan dan hasil laut pada harga lebih rendah sempena sambutan pra-Syawal di Pasar Nelayan LKIM Pulau Meranti di sini, hari ini.

Inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui LKIM menawarkan konsep jualan terus kepada pengguna.

Program terbabit menawarkan pelbagai produk segar dan barangan keperluan asas seperti ikan, ayam, daging dan bahan makanan kering pada harga jualan 10 peratus hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Ia bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat, memastikan bekalan makanan segar diperoleh hasil kerjasama LKIM dengan penternak, pengusaha akuakultur, usahawan serta agensi berkaitan seperti Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Selangor dan Melia Evolusi Sdn Bhd (MESB).

Sementara itu, Muhammad Faiz berpendapat, kenaikan harga ikan berkemungkinan berpunca daripada faktor lain dalam rantaian bekalan seperti kos logistik atau pengangkutan.

“Jadi, faktor ini perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak dalam industri bagi memastikan harga ikan kekal stabil,” katanya.

Beliau berkata, sambutan terhadap program JAM sangat menggalakkan apabila sebahagian besar bekalan ikan habis dijual dalam tempoh kira-kira sejam.

“Ini menunjukkan orang ramai tertarik dengan program jualan murah seperti ini yang dapat membantu mereka mendapatkan bekalan makanan laut pada harga lebih rendah,” katanya.

Muhammad Faiz berkata, LKIM turut menyediakan kupon RM20 dengan nilai keseluruhan RM8,000 kepada pelanggan sebagai potongan tambahan selain diskaun yang ditawarkan pada jualan berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, program JAM adalah usaha kerajaan menumpukan kepada golongan miskin bandar yang sering berdepan tekanan kos sara hidup.

“Kadang-kadang kita fikir golongan B40 hanya di luar bandar, sedangkan di bandar mereka juga memerlukan sentuhan kerajaan.

“Walaupun kawasan ini tiada laut, kita mewujudkan juga pasar nelayan supaya masyarakat sekitar sini dan Putrajaya dapat membeli ikan pada harga lebih murah,” katanya.

Pada masa sama, katanya LKIM melalui Kempen Beli Udang Tempatan turut dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat untuk memilih udang tempatan berbanding udang import sebagai sumber makanan utama.

“Kempen ini menekankan kelebihan udang tempatan lebih segar, berkualiti dan selamat dimakan di samping menyokong keterjaminan bekalan makanan negara serta meningkatkan daya saing industri akuakultur tempatan,” katanya.

Pada program itu, LKIM membawa kira-kira 1.5 tan ikan dan hasil laut termasuk udang, siakap, kerapu, bawal emas, cencaru dan ikan merah untuk dijual kepada orang ramai.

Selain itu, ikan patin turut dijual pada harga RM10 seekor menerusi kerjasama dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) yang mengusahakan ternakan ikan hibrid di Bentong, Pahang.

Selain diskaun harga, LKIM turut menyediakan kupon bernilai RM20 kepada pelanggan bagi membolehkan mereka menikmati potongan harga tambahan.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keterjaminan makanan: Belajar dari krisis, sedia dari dapur sendiri

KUCHING – Setiap kali harga barang keperluan asas naik, keluhan pasti kedengaran di pelbagai platform.  Namun, sedarkah kita bahawa isu keterjaminan makanan sebenarnya adalah bom jangka ‘senyap’ yang menuntut persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza