Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

PUTRAJAYA – Insentif tambahan diumumkan Kerajaan MADANI mencerminkan usaha strategik persekutuan dalam memperkukuh daya tahan ekonomi domestik yang secara langsung memberi implikasi kepada kedudukan Malaysia dalam sistem antarabangsa.

Penganalisis keselamatan dan hubungan antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, pendekatan itu menunjukkan bahawa keselamatan tidak lagi terhad kepada dimensi ketenteraan, tetapi turut merangkumi kesejahteraan ekonomi dan sosial sebagai elemen asas kestabilan negara.

Menurut beliau, kestabilan kos sara hidup ketika ini penting dalam mengurangkan tekanan ekonomi rakyat, sekali gus meminimumkan risiko ketegangan sosial atau potensi protes awam.

“Dalam kerangka kajian keselamatan moden yang turut dipengaruhi oleh pendekatan konstruktivisme, isu seperti kemiskinan, ketidaksamaan ekonomi dan akses kepada sumber dilihat sebagai sebahagian daripada ancaman keselamatan bukan tradisional.

“Justeru, insiatif itu boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk mekanisme pencegahan (preventive security mechanism) yang bertujuan mengurangkan risiko marginalisasi komuniti luar bandar serta memperkukuh legitimasi kerajaan dalam kalangan rakyat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Terdahulu, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam taklimat krisis tenaga global mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar IPKP, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu kepada rakyat Malaysia yang layak.

Menurutnya, ia merupakan langkah segera mengurus krisis tenaga global, sekali gus melindungi dan menjamin kelangsungan hidup rakyat yang membanting tulang sebagai pesawah.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berkata,
bantuan kepada pesawah, petani dan pengguna diesel bukan sahaja meringankan beban rakyat, namun berfungsi sebagai mekanisme dalam memastikan kestabilan sektor asas seperti makanan serta logistik.

Beliau berpandangan, pendekatan itu juga menghantar isyarat penting kepada pelabur dan rakan dagang bahawa Malaysia memberi keutamaan kepada kestabilan harga domestik serta kelangsungan sektor agro makanan.

“Langkah kerajaan juga dapat memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan negara dalam mengurus kebajikan rakyat dan kestabilan ekonomi. Negara yang mempunyai tahap ketahanan makanan tinggi dan kurang bergantung kepada import akan lebih berdaya tahan terhadap tekanan global.

“Ini termasuk gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik atau krisis di laluan strategik seperti Selat Hormuz. Keadaan itu secara tidak langsung memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara yang stabil dan boleh dipercayai dalam sistem ekonomi global,” katanya.

Dari sudut keselamatan, Nur Ashikin berpandangan, inisiatif itu mempunyai implikasi lebih luas dalam kerangka keselamatan bukan tradisional yang
menyumbang kepada pengukuhan keselamatan makanan negara dengan meningkatkan pengeluaran domestik serta mengurangkan kebergantungan terhadap import.

Beliau berkata, kenaikan BUDI Diesel individu daripada RM300 kepada RM400 juga memainkan peranan penting dalam dimensi keselamatan tenaga dan sosial dengan membantu mengawal kos pengangkutan serta mengelakkan lonjakan harga barang secara mendadak.

“Namun dari sudut kritikal sebagai contoh fiskal, kebergantungan kepada subsidi berterusan boleh memberi tekanan kepada kewangan negara dan dalam jangka panjang berpotensi menjejaskan penarafan kredit serta keyakinan pelabur antarabangsa.

“Terdapat juga risiko ketirisan dan penyalahgunaan, khususnya dalam skim subsidi seperti diesel, yang boleh mewujudkan ketidakefisienan dalam pengagihan bantuan serta membentuk budaya kebergantungan kepada subsidi.

“Selain itu, dari sudut komitmen global, dasar berkaitan subsidi bahan api fosil juga boleh dilihat bertentangan dengan agenda perubahan iklim dan usaha pengurangan karbon yang menjadi komitmen banyak negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Secara keseluruhan, Nur Ashikin menegaskan, bantuan tambahan daripada kerajaan merupakan instrumen keselamatan ekonomi domestik yang mempunyai implikasi langsung yang positif terhadap kedudukan Malaysia dalam sistem antarabangsa.

“Ia bukan sekadar bantuan kebajikan, tetapi merupakan strategi untuk menstabilkan negara, mengurus risiko keselamatan bukan tradisional, serta memperkukuh daya tahan nasional dalam persekitaran global yang semakin tidak menentu dan kompleks,” katanya.

Related Posts

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

PUTRAJAYA – Tindakan tegas diambil terhadap penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga bahan api yang dikaitkan dengan krisis di Asia Barat apabila seorang individu akan didakwa, manakala lima lagi dikenakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid