Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyambut baik pendirian Australia yang menggesa penamatan segera permusuhan di Gaza serta menyokong usaha penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Beliau menyifatkan sokongan tersebut sebagai signifikan dalam usaha mencapai penyelesaian jangka panjang yang adil dan berkekalan.

“Saya menghargai pendirian Australia mengenai Gaza, yang menyeru agar permusuhan ditamatkan, menyokong bantuan kemanusiaan dan berusaha ke arah penyelesaian yang berkekalan. Pendirian itu amat bermakna dan Malaysia mengalu-alukannya,” katanya.

Anwar berkata, demikian ketika berucap pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia kekal konsisten dalam menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat, meskipun konflik dan keganasan terus berlaku di Gaza serta Tebing Barat.

Beliau berkata, gencatan senjata yang diumumkan sebelum ini masih belum memberikan kelegaan sewajarnya kepada penduduk awam, dengan situasi kemanusiaan yang terus meruncing walaupun pelbagai usaha diplomatik sedang digerakkan.

“Dunia tidak boleh mengalihkan pandangan dan membiarkan gencatan senjata terkubur begitu sahaja.

“Apa yang diperlukan oleh rakyat Palestin ialah penyelesaian yang adil dan berkekalan, dan ini bermaksud sebuah negara berdaulat yang berdaya maju. Malaysia tidak akan berganjak dalam perkara yang melibatkan prinsip ini,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa pendirian Malaysia terhadap isu Palestin adalah berteraskan prinsip, dengan keutamaan diberikan kepada penyelesaian politik yang menyeluruh serta menjamin hak dan keselamatan rakyat Palestin.

Dalam perkembangan sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Albanese atas lawatan rasmi ke Kuala Lumpur, selain menekankan kepentingan memperkukuh dialog dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam menghadapi cabaran global semasa.

Jelasnya, Malaysia dan Australia akan terus mempererat hubungan dua hala menjelang Mesyuarat Tahunan Pemimpin Kali Keempat yang dijadualkan berlangsung di Australia.

Related Posts

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

PUTRAJAYA – Tindakan tegas diambil terhadap penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga bahan api yang dikaitkan dengan krisis di Asia Barat apabila seorang individu akan didakwa, manakala lima lagi dikenakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid