Sistem saraan ditambah baik, SSM diperkasa kepada SSPA

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skim yang dirangka itu bukanlah semata-mata pembaharuan dan peningkatan dalam pendapatan boleh guna yang akan dinikmati oleh penjawat awam, namun ia adalah sistem saraan yang berteraskan prestasi.

Menurutnya, penjawat awam yang cemerlang akan mendapat ganjaran manakala bagi mereka yang gagal mempamerkan prestasi baik, akan dikenakan tindakan, khususnya dalam pemantauan kenaikan gaji.

“Sebagaimana yang selalu saya tegaskan, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan layanan yang sama kepada semua terutama dalam aspek ganjaran dan pengiktirafan.

“Saya mahu mesejnya jelas supaya penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik, culas, sering tidak hadir ke pejabat tanpa kelulusan Ketua Jabatan tidak akan diberikan ganjaran,” katanya dalam ucapan amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 19 (MAPPA XIX) di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan SSPA adalah skim yang mengambil kira pelbagai faktor dan melaksanakan pertimbangan yang teliti serta berhemah terhadap pelaksanaan tersebut.

Beliau berkata, SSPA merupakan pengiktirafan terhadap pengorbanan yang begitu besar daripada penjawat awam secara keseluruhan.

“Semoga ianya sedikit sebanyak memberi sinar harapan dalam kesejahteraan hidup penjawat awam.

“Selain itu, SSPA ini mengandungi roh dan semangat Reformasi Perkhidmatan Awam yang dikehendaki bagi menjayakan agenda Malaysia Madani,” katanya.

Related Posts

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan