Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan kenaikan gaji sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, pegawai kumpulan pengurusan dan profesional, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi secara berfasa bermula 1 Disember 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh
penjawat awam adalah di antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.

Menurut beliau, kenaikan akan diberikan secara berperingkat mulai 1 Disember 2024 untuk fasa 1, manakala 1 Januari 2026 bagi fasa 2.

“Bagi pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, pelarasan gaji adalah sebanyak 8 peratus pada fasa 1 dan 7 peratus pada Fasa 2.

“Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) pelarasan gaji adalah
4 peratus bagi fasa 1 dan 3 peratus bagi fasa 2,”katanya dalam ucapan amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 19 (MAPPA XIX) di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

“Secara prinsipnya, kerajaan hanya mahu yang benar layak sahaja diberikan ganjaran seperti yang dijanjikan, selaras dengan hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam.

“Pada masa sama, kita mahu menjaga
kesejahteraan pegawai, prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan diperkenalkan,” katanya.

Dalam memberi contoh, Anwar berkata kenaikan gaji bagi seorang Pembantu Hidupan Liar, Gred G11, dengan pendapatan bulanan pada 30 November 2024 sebanyak RM1,795.00 akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM2,115.00 mulai Disember 2024 berdasarkan pelarasan gaji Fasa 1.

Semasa pelarasan gaji Fasa 2 pada 1 Januari 2026 katanya, penjawat awam itu akan menerima pelarasan sebanyak 7 peratus menjadikan jumlah pendapatan bulanan Fasa 2 berjumlah RM2,327.00.
 
“Contoh kedua, seorang Jururawat, Gred U19, dengan pendapatan bulanan pada 30 November 2024 sebanyak RM2,457.00 akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM2,697.00 mulai Disember 2024 berdasarkan pelarasan gaji Fasa 1.

“Semasa pelarasan gaji Fasa 2 pada 1 Januari 2026, beliau akan menerima pelarasan sebanyak 7 peratus menjadikan jumlah pendapatan bulanan Fasa 2 berjumlah RM2,994.74.

“Kaedah pengiraan kenaikan gaji semua penjawat awam akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sesi libat urus yang akan diadakan selepas ini,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI tidak lupa ‘mempersiapkan’ golongan belia – Azalina

PELBAGAI inisiatif untuk memperkasakan golongan belia telah dirangka Kerajaan MADANI bagi memastikan negara tidak tandus legasi penerus kegemilangan tanah air. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick menyatakan bahawa beliau tidak melihat sebarang masalah dengan penggunaan slogan ‘Sabah for Sabahan’ oleh rakyat negeri ini. “Saya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI tidak lupa ‘mempersiapkan’ golongan belia – Azalina

Kerajaan MADANI tidak lupa ‘mempersiapkan’ golongan belia – Azalina

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku