Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata.

Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum Jack Hinshelwood dan Danny Welbeck menambah gol di babak kedua untuk melengkapkan kemenangan selesa tuan rumah.

Chelsea, yang kini dua mata di belakang Brighton, terus bergelut apabila hanya mencatat satu kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir liga dan berisiko terlepas saingan Eropah musim depan.

Skuad kendalian Liam Rosenior gagal memberi reaksi selepas ketinggalan di babak pertama, selain tidak melakukan satu pun percubaan tepat dalam tempoh 45 minit pertama.

Brighton hampir menggandakan kelebihan pada minit ke-18 selepas kesilapan penjaga gol Robert Sanchez, namun percubaan Hinshelwood diselamatkan Trevoh Chalobah.

Kemasukan Alejandro Garnacho di babak kedua memberi sedikit nafas baharu buat Chelsea, apabila dia mencipta peluang buat Romeo Lavia namun gagal disempurnakan.

Hinshelwood kemudian menebus kesilapan awalnya apabila menjaringkan gol kedua hasil bantuan Georginio Rutter pada minit ke-56, sebelum Welbeck menambah gol ketiga lewat permainan.

Related Posts

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

PENGENDALI Bayern Munich, Vincent Kompany menegaskan musim pasukannya masih belum berakhir walaupun sudah mengesahkan kejuaraan Bundesliga dengan empat perlawanan berbaki. Kemenangan 4-2 ke atas Stuttgart membolehkan Bayern mendahului liga dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran