
SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee menegaskan kegagalan menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan pelajar terpaksa menanggung sendiri kos pendidikan yang besar.
“Setiap peluang yang diberikan kerajaan negeri hadir bersama tanggungjawab yang perlu dipikul dengan serius oleh penerima manfaat.”
“Pelajar tidak boleh memandang ringan kemudahan ini. Jika gagal menamatkan pengajian, mereka perlu membayar sendiri kos yang ditanggung kerajaan sebelum ini, dan ini boleh menjadi beban kewangan yang besar.”
Beliau berkata demikian ketika program Sesi Dialog Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) di Universiti Teknologi Sarawak pada Selasa.
Beliau turut memaklumkan kerajaan Sarawak memperuntukkan kira-kira RM250 juta bagi tahun ini untuk memastikan kelangsungan skim tersebut sekali gus menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam memperkasa pendidikan tinggi.

Tambah beliau, selain pengecualian yuran, pelajar yang layak turut menerima elaun sara hidup sebanyak RM15,000 setahun namun mengakui terdapat beberapa kelewatan awal dalam penyaluran yang kini diperbaiki oleh Yayasan Sarawak.
Setakat ini hanya 64 kursus ditawarkan di bawah skim berkenaan selaras dengan keperluan tenaga kerja di Sarawak serta pelaksanaan secara berperingkat dengan sesi dialog tersebut menghimpunkan lebih 2,000 pelajar UTS yang merupakan kumpulan perintis skim berkenaan.
Pada masa yang sama, beliau menjelaskan setakat ini hanya 64 kursus ditawarkan di bawah skim berkenaan selaras dengan keperluan tenaga kerja di Sarawak serta pelaksanaan secara berperingkat dengan sesi dialog tersebut menghimpunkan lebih 2,000 pelajar UTS yang merupakan kumpulan perintis skim berkenaan.
Foto: Facebook YB Annuar Rapaee





