Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

BUTTERWORTH – Seorang pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM11,500.

Inspektor Mohd Firdaus Kamal, 39, didakwa memperoleh suapan RM5,000 dan RM6,500 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD SPU, pada 5.30 petang 21 Ogos 2024 dan di hadapan bekas Pejabat Kuarantin Tumbuhan, Jalan Bagan Luar Butterworth, di sini pada 3.45 petang, sehari selepas itu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Noor Azura Zulkiflee menawarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan sebulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, lapor Bernama.

Bagaimanapun, peguam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq yang mewakili tertuduh memohon jaminan minima dengan alasan anak guamnya menanggung isteri yang merupakan suri rumah, dua anak berusia 12 dan lapan tahun serta ibu bapa dengan gaji pokok RM3,400 sebulan selain tidak mempunyai pasport.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan itu berserta semua syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, SPRM Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri itu kerana disyaki meminta dan menerima suapan sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan