Penjawat awam perlu produktif, buang tabiat lama – PM

PUTRAJAYA – Penjawat awam diminta meningkatkan produktiviti mereka berikutan semakan gaji penjawat awam.

Beliau berkata demikian ucapannya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata kenaikan gaji tiada guna atau memberi manfaat kepada negara sekiranya penjawat awam terjebak dengan tabiat lama yang negatif.

“Saya berharap apabila pengumuman kenaikan gaji diumumkan nanti, budaya (kerja) baharu akan dipupuk dalam kalangan penjawat awam.

“Ini kerana ia tidak bermakna jika kita menaikkan gaji sedangkan rakyat masih perlu menunggu selama dua jam untuk menyiapkan lesen dan menunggu dua minggu untuk mendapatkan sedikit kelulusan (dalam perkara tertentu),” katanya dalam ucapannya hari ini.

Hari ini, Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan kepada 15 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.

Related Posts

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan Bloomberg yang didakwa mengelirukan serta tidak berasas berkaitan Ketua Pesuruhjaya, sambil menegaskan ia boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang