‘Sistem bola sepak negara tidak gagal tetapi Sanusi yang gagal’

ALOR SETAR – Kemelut KDA FC sejak akhir-akhir ini tidak perlu menyalahkan sistem bola sepak yang terdapat di negara kita hingga menyebabkan ramai pemain mula ‘angkat kaki’.

Mantan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFC), Datuk Aminuddin Omar berkata, Presiden KFA , Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak boleh menyalahkan sistem bola sepak yang dipakai di negara kita hari ini.

Katanya, sekarang bola sepak sudah menjadi industri dan memerlukan urus tadbir yang bijak.

“Pemain kini bermain sepenuh masa dengan kelab dan sudah pasti sumber pendapatan mereka turut bergantung penuh dari kelab yang mereka sertai.

“Sistem bola sepak yang diguna di negara kita adalah setanding dengan negara luar,” katanya.

Justeru, katanya adalah tidak bijak mengatakan sistem bola sepak yang kita guna adalah tidak sesuai.

Walaupun kelab bola sepak sudah diswastakan tetapi adalah menjadi hak kerajaan negeri untuk sentiasa memantaunya supaya tidak menimbulkan sebarang masalah seperti hari ini.

“Sanusi tidak perlu cuci tangan apabila kemelut ini berlaku dalam bola sepak Kedah.

“Kelab KDA FC wujud semasa pemerintahannya dan adalah tidak wajar dia menunding jari sepenuhnya kepada kelab itu,” katanya.

Menurut Aminuddin lagi, sekiranya Kedah juara bola sepak siapakah orang pertama yang akan menyambut kejayaan itu.

Tetapi apabila timbul masalah seperti hari ini Sanusi terus menunding jari dan tidak mahu mengaku.

“Ayuh, wahai Sanusi tunjuklah The Greatest yang kamu laungkan selama ini dan jangan lari,” katanya.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM