Peruntukan kerajaan Persekutuan selesaikan masalah air bertakung Stadium Sultan Muhammad IV

KOTA BHARU – Kerja-kerja menambah baik sistem perparitan di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) giat dijalankan melalui peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM500,000.

Exco Jawatankuasa Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, projek yang dijangka siap pada pertengahan Oktober itu telah mencapai kemajuan pada tahap 60 peratus.

Menurutnya, dengan penambahbaikan sistem saliran dan perparitan tersebut tentunya akan dapat mengatasi masalah air bertakung terutama ketika hujan lebat.

“Kerja-kerja ini dijangka siap pada pertengahan Oktober nanti. Sekarang progres kemajuan kerja sudah mencapai tahap 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dan juga pihak Perbadanan Stadium mengucapkan penghargaan kepada kerajaan pusat atas peruntukan terbabit.

“Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 ini untuk kerja-kerja penambahbaikan stadium ini.

“Buat masa sekarang, SSMIV tidak boleh digunakan bagi memberi laluan untuk kerja-kerja penambaikan sehingga selepas 15 Oktober ini,” katanya.

Related Posts

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan oleh Universiti Yarmouk, Jordan, semalam. Anugerah disampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PUTRAJAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lebih 400 batang kayu balak pelbagai saiz serta beberapa mesin berkaitan dalam serbuan di sebuah kilang kayu disyaki beroperasi secara haram di Kampung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini