Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 April depan.

Beliau berkata, tindakan menangguhkan sidang tersebut tanpa penjelasan terperinci telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan wakil rakyat dan masyarakat.

“Apabila berlaku penangguhan seperti ini, rakyat berhak mengetahui alasan kukuh di sebalik keputusan tersebut agar tidak timbul spekulasi yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap pentadbiran negeri.

“Lebih-lebih lagi apabila terdapat wakil rakyat yang telah menyusun komitmen peribadi termasuk ibadah haji demi memastikan kehadiran ke sidang DUN,” katanya dalam satu kenyataan di di laman sosial Facebook.

Menurut beliau, tindakan ADUN yang sanggup meminda tarikh penerbangan bagi menunaikan tanggungjawab tersebut mencerminkan komitmen tinggi terhadap amanah rakyat.

Katanya, situasi itu sewajarnya dihormati dengan memastikan sidang berlangsung seperti dijadualkan atau sekurang-kurangnya disertakan penjelasan munasabah sekiranya berlaku perubahan.

Tambahnya, penangguhan sidang DUN yang disifatkan luar biasa itu turut dipersoalkan oleh beberapa wakil rakyat pembangkang yang mahukan penjelasan segera daripada kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri perlu tampil memberi penjelasan secara terbuka kepada semua ADUN dan rakyat supaya isu ini tidak berlarutan serta menimbulkan persepsi negatif,” ujarnya.

Beliau berharap setiap keputusan berkaitan sidang DUN dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat serta berlandaskan prinsip ketelusan dalam pentadbiran negeri.

Related Posts

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

KOTA KINABALU – Sektor koperasi terus membuktikan peranannya sebagai pemacu ekonomi rakyat apabila mencatatkan perolehan mencecah RM81.62 bilion di peringkat nasional sehingga 31 Disember 2025.‎‎Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM