Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, semua peruntukan yang diluluskan akan disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana isu yang ingin diselesaikan itu dianggap sebagai masalah negara dan bukan terhad kepada peringkat negeri semata-mata.

Menurutnya, kerajaan turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi membantu rakyat termiskin di Kelantan tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

“Semua tindakan ini adalah bukti pengurusan kerajaan yang baik kerana bila semua urusan negara dilakukan dengan baik kita boleh selesaikan masalah rakyat.

“Saya gembira mendengar luahan rakyat yang suka akan kepimpinan kerajaan hari ini kerana mereka mengakui sejak 80 tahun negara merdeka, hanya Kerajaan MADANI yang berusaha serta berikhtiar memberi peruntukan menyelesaikan masalah di kampung.

“Sebagai contoh, apabila saya mendengar isu jambatan runtuh di Kuala Krai, saya segera mengarahkan pihak berkaitan agar ia segera dibina semula,” katanya.

Beliau berkata demikan pada Majlis Mini Konvensyen Keadilan Kelantan 2026 di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, walaupun negara berdepan cabaran ekonomi, kerajaan tetap memberi perhatian kepada kebajikan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Tak ada sebab mengapa kita boleh biarkan kelompok paling miskin dalam negara. Mereka mungkin bukan pengundi kita tetapi sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap rakyat.

“Jadi, jika ada lagi pihak pembangkang yang mempersoalkan Kerajaan Persekutuan mengabaikan negeri Kelantan, saya harap mereka dapat melihat balik pelbagai peruntukan yang sudah kita sampaikan terutama untuk Kelantan,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri tidak menolak kemungkinan melaksanakan pemotongan gaji menteri sekiranya keadaan ekonomi negara bertambah meruncing susulan konflik di Asia Barat. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM