Pemain Skuad Sang Kenari tertekan, nekad ‘angkat kaki’

ALOR SETAR – Situasi di bilik persalinan selepas perlawanan persahabatan Sang Kenari dengan Malut United FC, Indonesia semakin panas akibat gaji pemain tidak dibayar.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Safwan Jaafar berkata, tindakan itulah menyebabkan beberapa pemain sudah berazam untuk memboikot pada sesi latihan.

Katanya, kegagalan pihak Kedah FC melunaskan gaji menyebabkan pemain bertindak sedemikian.

“Sekiranya ini berlaku sudah pasti memalukan sukan bola sepak di negeri ini.

“Sebelum ini masalah ini hampir pernah terjadi dengan tunggakan elaun pemain. Bagaimanapun keadaan ini berjaya diatasi oleh pihak pengurusan sebelum ini dengan mencari sumber kewangan bagi mengatasi masalah tunggakan elaun ini,” katanya.

Menurut Mohd Safwan, sukan bola sepak ini sangat dekat di hati mereka terutamanya kepada peminat bola sepak Kedah.

“Sudah pasti setiap hujung kami akan ke Kuala Lumpur seperti selalu bagi merebut apa sahaja piala.

“Bagaimanapun pada tahun ini tindakan pemain adalah sangat mengejutkan.

“Mana dia dua bekas ketua bola sepak Kedah yang kini menjadi ADUN hilang entah ke mana,” soalnya.

Katanya lagi, sepatutnya mereka yang ada pengalaman dalam KFA perlu tampil ke hadapan untuk menyelesaikan kemelut ini.

“Belum pernah sejarah bola sepak Kedah berlaku seperti hari ini.

“Apa yang menyedihkan lagi sudah kedengaran beberapa pemain sudah nekad untuk ‘angkat kaki’ ke negeri lain,” katanya.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM