SIMP bantu enam nelayan terima bot dan enjin baharu

NIBONG TEBAL – Enam nelayan dari kawasan selatan Pulau Pinang menarik nafas lega apabila menerima bot dan enjin baharu menerusi Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP).

Pemberian itu memberi peluang kepada mereka untuk kembali ke laut selepas bergelut dengan pelbagai kesukaran akibat kerosakan bot.

Antara penerima ialah Hashimi Hamzah, 50, dari unit Sungai Batu yang kehilangan botnya dalam kejadian ribut kira-kira enam bulan lalu.

Menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada 3 Julai ini, Hashimi menyifatkan pemberian itu sebagai hadiah yang sangat bermakna.

“Saya tidak sangka akan dapat bot baharu. Selama ini hanya menumpang bot orang lain untuk cari rezeki.

“Kini saya boleh turun sendiri semula,” katanya yang sudah lebih dua dekad menjadi nelayan.

Turut menerima manfaat ialah Hamdan Bakar, 59, dari Teluk Kumbar yang telah bergantung sepenuhnya kepada laut sejak berhenti sekolah pada usia muda.

Beliau berkata, bantuan itu membolehkannya bekerja semula dengan lebih yakin dan selesa.

Bot dan enjin baharu yang diterima nelayan dari kawasan selatan Pulau Pinang menerusi SIMP.

Bot dan enjin baharu yang diterima nelayan dari kawasan selatan Pulau Pinang menerusi SIMP.

“Saya tidak pernah mimpi pun akan dapat bot seperti ini. Kalau beli sendiri, memang tidak mampu,” katanya.

Empat lagi penerima ialah See Bak Chooi, 65, Lai Poh Liang, 64, Mohd Fitri Che Ros, 46, dan Muhammad Hidayat Che Ros, 36.

Kesemua mereka sebelum ini berdepan kesukaran akibat kerosakan bot lama, namun kini kembali bersedia menyambung pekerjaan sebagai nelayan sepenuh masa.

Nelayan veteran Bak Chooi dari Gertak Sanggul menyifatkan bantuan itu umpama menukar kereta baharu.

“Saya yakin bahawa pembangunan negeri seperti projek Pulau Silikon boleh bergerak seiring dengan kelestarian dan kesejahteraan nelayan,” katanya.

Majlis penyerahan bot berkenaan disaksikan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Silicon Island Development Sdn Bhd (SIDSB), Azmi Mohamad dan wakil Jabatan Perikanan Pulau Pinang.

Sebelum ini, seramai 13 nelayan berjaya menamatkan Kursus Enjin Sangkut selama tiga hari yang memberikan kemahiran penting berkaitan penyelenggaraan enjin di laut.

Kursus itu dianjurkan dengan kerjasama Koperasi Komuniti Pulau Pinang Selatan Berhad dan Jabatan Perikanan negeri.

Menurut mereka, latihan itu sangat bermanfaat dan berharap lebih banyak inisiatif seumpama itu dapat diteruskan bagi membantu komuniti nelayan tempatan.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi