Semua pihak berperanan cegah maksiat, bendung perbuatan tidak bermoral – JHEAINS Lahad Datu

LAHAD DATU – Semua pihak termasuk ibu bapa dan guru agama berperanan penting dalam membantu mencegah anak-anak daripada terlibat dalam perbuatan tidak bermoral dan maksiat.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Lahad Datu, Mardi Arifin berkata, ibu bapa perlu mengambil berat pergerakan anak-anak mereka khususnya golongan remaja.

“Ini kerana golongan remaja antara yang ramai terlibat dalam kegiatan maksiat ketika ini seperti khalwat, judi dan minum arak di pusat hiburan ataupun restoran terbuka.

“Guru agama di daerah ini juga berperanan bertindak bersama mengatur langkah bagi mengajak seluruh umat Islam agar tidak terjebak dalam kancah maksiat serta keruntuhan akhlak demi menjamin kemakmuran dan kedamaian daerah ini,” katanya kepada media.

Sehubungan itu, Mardi menyeru agar umat Islam taat perintah Allah SWT dengan mengikut cara Nabi Muhammad SAW iaitu meninggalkan perbuatan tidak bermoral dan melanggar hukum agama.

Mengenai aktiviti tidak bermoral di Lahad Datu, Mardi menegaskan bahawa pihaknya menerima laporan berkaitan dan telah mengenal pasti kawasan terbabit.

“Kami ada menerima laporan aktiviti tidak bermoral dan sudah kenal pasti lokasi dan jenis kesalahan cuma tunggu masa sesuai untuk kami serbu dan tangkap.

“JHEAINS Lahad Datu akan berkerjasama dengan jabatan lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen untuk bersama dalam operasi yang akan dibuat dalam skala yang besar ini,” ujarnya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran