MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.

Pengurus Yayasan MADANI (Operasi MADANI Mart), Lutfi Mohd Ariffin berkata, sasaran itu dilaksanakan secara strategik serta berperingkat, selaras kesiapsiagaan dan kekuatan rantaian bekalan bagi menjamin pertumbuhan terkawal, mampan serta berdaya tahan.

“MADANI Mart tidak menggunakan model yang sama seperti KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia) dan adalah tidak adil untuk mengunjurkan kegagalan inisiatif terdahulu ke atas pendekatan baharu ini.

“Setiap ‘outlet’ dimiliki dan diusahakan secara individu, didorong komitmen serta pelaburan pihak operator sendiri… tanpa bergantung pada dana kerajaan atau mana-mana syarikat tunggal,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaupun bersaiz sederhana membabitkan dua lot kedai, Lutfi berkata, setiap cawangan menikmati kelebihan seperti rangkaian peruncit besar melalui sokongan ekosistem yang dibangunkan Yayasan MADANI.

“Yayasan MADANI bertindak sebagai pembina ekosistem dan inkubator yang membolehkan pencapaian ‘economies of scale’ melalui penyelarasan rantaian bekalan, sistem sokongan berpusat serta kerangka operasi tersusun,” jelasnya.

Beliau berkata, struktur dan operasi MADANI Mart turut dibangunkan dengan input profesional, termasuk pakar dalam ekosistem runcit dan rantaian bekalan.

Pada masa sama, enam pusat pengedaran (DC) akan diwujudkan di seluruh negara bagi menyokong kelompok cawangan mengikut zon tertentu.

“Setiap DC berperanan membina jumlah pembelian, mengoptimumkan kecekapan logistik serta memastikan kestabilan harga,” katanya.

Lutfi berkata, MADANI Mart juga memperkukuhkan kerjasama strategik bersama kerajaan melalui pelaksanaan program seperti Jualan Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan Sumbangan Tunai Rahmah.

Katanya, ia bagi memperluaskan akses rakyat kepada barangan keperluan asas pada harga lebih berpatutan, sekali gus menyokong agenda kesejahteraan kos sara hidup negara.

Beliau berkata, pengembangan cawangan akan terus dipacu secara berperingkat bagi memastikan manfaat inisiatif itu dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat di seluruh negara.

Related Posts

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa hukuman sebat adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 yang disampaikan oleh Ketua Hakim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara