Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi.

Mangsa adalah warga Thailand, Mr Sa-Edin Samaae, 57, bersama enam rakan senegara menaiki van sewa singgah di hentian itu untuk ke tandas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, mangsa yang berada dalam keadaan tidak sihat sejak dua minggu lalu bertolak dari Endau, Mersing, Johor kira-kira jam 9 malam semalam.

Menurutnya, mangsa berasal dari Pattani, Thailand dan bekerja sebagai nelayan di sebuah syarikat, dipercayai pitam dan terjatuh di hadapan tandas.

“Berdasarkan keterangan pemandu van yang dinaiki (saksi), mangsa mengadu tidak sihat ketika dalam perjalanan dan minta singgah di R&R itu untuk ke tandas.

“Semasa keluar dari tandas, saksi ternampak mangsa berdiri sambil memegang tiang batu sebelum rebah,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Ashari berkata, mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri diangkat dan dibaringkan di atas kerusi batu sementara menunggu bantuan perubatan.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan pasukan perubatan yang tiba bersama ambulans mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikatakan mahu pulang ke Thailand kerana tidak sihat selepas kedua belah kakinya bengkak.

“Dia dikatakan tidak pernah mendapat rawatan lanjut sebaliknya hanya bergantung kepada ubat yang dibeli di farmasi sahaja,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses bedah siasat.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

BUTTERWORTH – Seorang pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan