TAWAU – Seorang wanita melecur di tangan dalam insiden kebakaran membabitkan lapan buah rumah setinggan atas air di Batu 4 Kampung Cempaka, di sini, pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, wanita berumur 50 tahun berkenaan mendapat rawatan awal daripada pasukan EMRS Bomba.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.17 malam sebelum sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran, 200 kaki, dua pancutan sumber air terbuka dari air laut.
“Didapati kebakaran melibatkan 8 buah rumah setinggan atas air jenis tidak kekal iaitu lima buah rumah terbakar sepenuhnya manakala tiga buah rumah terbakar 10 peratus,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Menurut Jemishin, operasi kemudian ditamatkan 11.30 malam selepas kawasan sekitar dipastikan selamat.
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik
KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…
Lebih lanjut





