Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

KUNDASANG – Kerajaan Negeri Sabah melancarkan Pelan Pengurusan Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu yang baharu, selepas 25 tahun mengekalkan statusnya sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pelancaran pelan berkenaan sekali gus meletakkan taman ikonik itu sebagai model rujukan antarabangsa dalam pengurusan tapak warisan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim, bencana dan tekanan pelancongan.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin, pelan tersebut akan menjadi dokumen panduan jangka panjang bagi memastikan kelestarian Taman Kinabalu terus terpelihara.

“Pelan ini merupakan dokumen strategik utama yang akan menjadi panduan jangka panjang dalam memastikan kelestarian Taman Kinabalu, selaras dengan dasar negara dan negeri, termasuk ‘National Climate Change Policy’, ‘National Biodiversity Policy’ dan ‘Sabah Sustainable Development Policy’.

“Pelan ini menumpukan kepada empat tonggak utama iaitu adaptasi perubahan iklim, kawalan kapasiti pelawat, pengurusan risiko bencana serta kesejahteraan dan penginstitusian peranan komuniti setempat,” katanya semasa melancarkan majlis Sambutan Jubli Perak Taman Kinabalu Sebagai Tapak Warisan Dunia ke-25 Tahun yang bertemakan ‘Meraikan Khazanah, Memperkasa Pelindungnya’, di Taman Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan Taman Kinabalu mengekalkan status Tapak Warisan Dunia selama 25 tahun bukan bersifat simbolik, sebaliknya hasil daripada sistem tadbir urus perlindungan berlapis yang mematuhi piawaian antarabangsa UNESCO, Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan dasar nasional.

“Di peringkat negeri, pengurusan Taman Kinabalu dilaksanakan secara strategik oleh Taman-Taman Sabah berlandaskan Enakmen Taman-Taman 1984 dan Pelan Strategik jabatan itu, memastikan perlindungan ‘Outstanding Universal Value’ dilaksanakan secara konsisten dan berintegriti.

“Keseluruhan kerangka ini memastikan perlindungan Taman Kinabalu dilaksanakan secara konsisten, berintegriti, telus dan boleh diaudit satu prasyarat penting dalam mengekalkan kepercayaan komuniti antarabangsa,” ujarnya.

Selain itu, Jafry turut menekankan peranan komuniti setempat sebagai rakan strategik utama pemuliharaan, termasuk penglibatan Malim Gunung, porter, Renjer Kehormat serta Majlis Pemegang Adat Istiadat Gunung Kinabalu.

“​Penglibatan ini memastikan pengurusan moden berjalan seiring dengan pemeliharaan nilai tradisi, adat dan kesucian Gunung Kinabalu yang menjadi lambang identiti dan spiritualiti masyarakat Sabah.

“​Inilah kekuatan sebenar model pemuliharaan kita apabila ilmu moden dan kearifan tempatan saling melengkapi,” katanya.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi