Rugi peniaga tak mohon sijil halal, diiktiraf masyarakat global

KLUANG – Keperluan buat pengusaha makanan dan minuman mengambil langkah tambahan, memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) walaupun kerajaan masih mengekalkan dasar sedia ada yang perlu dimohon secara sukarela.

Timbalan Dekan Industri Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, pemilikan sijil halal dari Malaysia harus dibanggakan berikutan ia diiktiraf dan menjadi rujukan oleh banyak negara luar.

Menurut beliau, galakan kepada premis makanan mendapatkan sijil halal amat penting kerana terdapat sebahagian pengusaha hanya memikirkan keuntungan semata-mata, selain tidak menjaga kebersihan serta keselamatan produk makanan dijual yang akan membahayakan kesihatan pengguna.

“Atas perkara itu, kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperkasakan pensijilan halal untuk memastikan makanan dijual itu halal, bersih dan selamat untuk rakyat Malaysia.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada peniaga sama ada ingin memohon sijil halal atau tidak kerana kerajaan tidak pernah mewajibkannya,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Izhar berkata, tindakan Jakim yang mempermudahkan rakyat Malaysia menyemak status pemilikan sijil halal secara dalam talian dilihat membuahkan hasil apabila rakyat mula peka terhadap perkara itu dan menyemak status premis makanan.

“Ini salah satu petanda positif yang membuktikan bahawa sijil halal kita dihormati sehingga ia menjadi rujukan setiap umat Islam yang mementingkan makanan halal dan bersih.

“Data juga menunjukkan peniaga bukan Bumiputera lebih tinggi peratusan yang memohon sijil halal berbanding peniaga Muslim. Ia membuktikan persijilan halal Malaysia diyakini semua pihak tanpa mengira agama sehingga prosesnya juga sudah dipermudahkan Jakim,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada permohonan SPHM.

Katanya, dasar sedia ada itu yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah bersifat sukarela.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pengiktirafan sijil halal dari Malaysia memberi kredit yang besar kepada peniaga tempatan, khususnya dalam memberi keyakinan kepada pengguna umat Islam.

Bagaimanapun katanya, Jakim juga perlu memikirkan langkah untuk memudahkan proses pensijilan halal berkenaan kepada golongan pengusaha restoran, yang akan menjadi berita gembira buat golongan tersebut.

“Walaupun kerajaan tidak mewajibkan untuk mendapatkan sijil halal namun peniaga perlu ambil juga bagi mewujudkan keyakinan kepada pelanggan Muslim. Selalunya mereka yang buka katering mereka akan pastikan mereka memohon.

“Sehubungan itu, kita mengharapkan kalau dahulu membuat permohonan sijil halal ini memakan masa berbulan tetapi sekarang dipendekkan kepada beberapa hari. Pelaksanaannya akan banyak membantu peniaga,” katanya.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan