PPIM nafi bersekongkol, lindungi GISBH

PUTRAJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan bahawa tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang kerajaan atau bertentangan dengan ajaran Islam serta bersedia untuk memberi kerjasama penuh.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan atau dikenali sebagai Toqqi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak pernah mengetahui mengenai apa-apa isu dalam kumpulan GISBH yang dikaitkan dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia dan penggubahan wang haram sehinggalah perkara tersebut didedahkan.

Menurutnya, sebagaimana pihak lain, kerjasama antara entiti perniagaan GISBH ialah atas kapasiti menyokong usaha mereka meningkatkan jumlah produk halal buatan umat Islam untuk pengguna di Malaysia.

“PPIM fokus kepada mempertahankan hak pengguna dan memperjuangkan isu rakyat tanpa prejudis kepada mana-mana pihak lain, bagaimanapun, kerjasama ini bukanlah cerminan PPIM menyokong atau mengetahui mengenai dakwaan berkaitan isu dalam kumpulan tersebut.

“PPIM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh PPIM bersekongkol untuk melindungi ahli kumpulan tersebut dan turut mengamalkan ajaran sesat,” katanya.

Tambahnya, PPIM berharap siasatan terperinci dijalankan agar pihak yang bersalah dihukum manakala mereka yang dianiaya terutamanya kanak-kanak yang dikatakan menjadi mangsa eksploitasi dan jenayah seksual perlu dilindungi dan dibantu untuk masa depan yang lebih baik.

“PPIM bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika diminta berbuat demikian serta mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa terhadap dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang berselindung disebalik profail tanpa identiti di media sosial.

“Banyak perkara yang ditularkan di media sosial tidak tepat malah terdapat juga cubaan mengaitkan PPIM dengan siasatan yang sedang berlangsung jadi lebih baik sekiranya pihak lain tidak memburukkan keadaan serta mengaitkan PPIM dengan isu yang tidak berkaitan,” ujarnya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran