Mangsa banjir berdaftar bakal terima RM2,000 dari Nadma, ICU – Anwar

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mangsa banjir yang berdaftar akan menerima bantuan kewangan dari kerajaan pusat melibatkan sumbangan RM1,000 dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan RM1,000 pula daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Tambah Anwar, beliau turut menerima maklumat bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan terdapat tambahan sumbangan dari Kedah kepada mangsa banjir.

“Kita minta Nadma, ICU Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri selaraskan hal ini supaya disegerakan.

“Yang penting, jika ada kerosakan, kerugian binatang ternakan dan hasil tanaman, itu harus kita teliti harus cuba ringan beban mangsa banjir,” katanya pada sidang media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk Kedah berikutan banjir buruk di negeri itu.

Beliau memaklumkan, sebanyak RM10 juta adalah peruntukan untuk sumbangan dan pembersihan di Kedah.

Manakala sebanyak RM3 juta lagi adalah peruntukan khas pembaikan infrastruktur pasca banjir di daerah Kota Setar.

Anwar berkata, tujuan beliau ke Kedah adalah bagi memastikan perjalanan yang baik dan semua bantuan kepada rakyat termasuk sawah padi disegerakan.

Sebelum itu, beliau turut melawat PPS Stadium Sultan Abdul Halim,diikuti PPS SMK Agama Kedah dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah.

Setakat jam 12.30 tengah hari, seramai 7,839 mangsa banjir direkodkan dan ditempatkan di 43 PPS di enam daerah di Kedah.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang